Loader

Kenapa Permainan Digital?

Murid pada masa kini berada di era permainan digital. Malahan terdapat pandangan murid pada masa kini bukan lagi perlu ditanya buku apakah yang mereka minati? Tetapi permainan digital apakah yang mereka minati? Kemunculan pelbagai permainan digital yang berunsurkan hiburan dan e-sukan seperti League of Legends, Dota, Call of Duty, Counter-Strike, Overwatch, Super Smash Bros, StarCraft, EA’s FIFA dan terdapat berpuluh-puluh lagi permainan digital baharu yang akan terus bertambah seiring dengan kehendak dan minat remaja. Perkembangan ini dapat membuktikan bahawa permainan digital sangat mempengaruhi golongan remaja mahupun kanak-kanak.

Peranan Guru di Era Permainan Digital

Walaupun terdapat beberapa isu berkenaan permainan digital ini, namun terdapat kajian yang menunjukkan pembelajaran berasaskan permainan dapat menjadikan murid lebih kreatif, lebih fokus dalam pelajaran, memudahkan berlakunya proses pembelajaran bersama rakan, menggalakkan kolaboratif melalui penyelesaian masalah dan mengekalkan minat murid semasa proses pembelajaran. Peranan guru pada era permainan digital ini ialah berusaha membangunkan permainan digital yang bersifat pendidikan supaya dapat berusaha untuk bersaing dengan permainan digital komersial yang lebih mementingkan hiburan dan keuntungan.

Objektif pembangunan laman sesawang Sekolah Geoplay.my

Perkembangan industri permainan digital yang pesat serta begitu diminati oleh murid-murid pada masa kini memberi cabaran kepada golongan pendidik untuk turut membangunkan pembelajaran berasaskan permainan (PBP) digital supaya seiring dengan minat dan cita rasa murid-murid di era permainan digital. Atas tanggungjawab ini laman sesawang Sekolah Geoplay.my telah dibangunkan dengan objektif seperti berikut:

  1. Menyediakan pertandingan PBP digital yang berkonsepkan E-Sukan Pendidikan.
  2. Platform kepada murid-murid generasi permainan digital merasai dan mengalami PBP digital.
  3. Memberikan bengkel dan latihan kepada guru-guru yang berminat menghasilkan PBP digital.
  4. Memberi peluang murid-murid membangunkan permainan digital yang mereka minati yang berasaskan objektif pembelajaran.
  5. Membantu guru-guru dan murid-murid mempromosi PBP kreatif yang mereka hasilkan sebagai produk inovasi dan pengkomersialan.

Strategi Pembelajaran Sekolah Geoplay.my

Melalui Buku Digital Gamifikasi (BDG) kami menggunakan tiga strategi pembelajaran didik hibur digital iaitu:

  1. Belajar ilmu baharu melalui Novel Visual.
  2. Aktiviti semasa pembelajaran menggunakan E-Sukan Pendidikan.
  3. Pentaksiran selepas pembelajaran melalui Kuiz Gamifikasi.

Perancangan Kami

Kami sedang membangunkan Novel Visual, E-Sukan Pendidikan dan Kuiz Gamifikasi beberapa mata pelajaran yang terpilih supaya dapat memudahkan murid-murid menguasai topik yang dipelajari.

Hantar Mesej Personal Anda

KLIK LAMAN PILIHAN ANDA

Nisa Homestay

Geoplay Enterprise  No. Pendaftaran: 201903362750 (003063334-A)

geoplay.my Privacy Policy © 2022